Mohd Alwi.

KEPALA BATAS – Polis masih menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes seorang lelaki bergelar Datuk disyaki mencederakan seorang jurujual wanita menggunakan objek menyerupai grip pistol dalam kejadian di Jalan Kelawai dekat sini, pada  1 Jun lalu.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan terhadap kes berkenaan telahpun selesai dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak TPR sebulan lalu.

“Buat masa ini, kita masih menunggu arahan lanjut daripada pihak TPR untuk tindakan susulan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah bagi Kontinjen Pulau Pinang, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Datuk Seri ditahan, cederakan wanita dengan grip pistol

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada jam 9.30 pagi, 3 Jun lalu.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 pagi susulan perselisihan faham antara suspek dan mangsa berusia 28 tahun yang membabitkan pemanduan di jalan raya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian hidung dan mata selepas dipukul menggunakan objek yang disyaki grip pistol, sebelum tampil membuat laporan polis pada petang hari kejadian.

“Susulan tangkapan itu, polis turut merampas sepucuk pistol, satu kelopak peluru serta buku lesen memiliki senjata dan peluru bagi membantu siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast