Mayat warga emas reput dalam flat terkunci di Kuala Krai

KOTA BHARU – Satu mayat wanita warga emas ditemukan dalam keadaan hampir reput di kediamannya di Flat Sri Guchil, Kuala Krai dekat sini petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohd Khairul Duha Abdul Halim berkata jasad mangsa dikenali sebagai Halimatun Yusoff, 69, dan tinggal bersendirian, ditemukan pada 2.08 petang di ruang tamu selepas pihaknya membuka pintu yang terkunci.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.04 petang daripada polis yang meminta bantuan pasukan bomba untuk membuka pintu kediaman itu susulan aduan bau busuk.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati pintu rumah berkenaan terkunci dan terdapat bau yang tidak menyenangkan.

“Setelah pintu berjaya dibuka, pasukan kami menemukan seorang wanita warga emas yang telah meninggal dunia di ruang tamu dalam keadaan hampir reput,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Khairul Duha berkata operasi itu melibatkan enam anggota bomba dan tamat sepenuhnya pada 2.18 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast