Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh

JOHOR BAHRU – Seorang tokan dadah ditahan dan serbuk dadah jenis ekstasi seberat lebih 1 kilogram dirampas dalam serbuan di Taman Sutera di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, serbuan dilakukan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Johor Bahru Utara pada pukul 9.30 malam.

“Pihak polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun dan merampas serbuk ekstasi seberat 1,116.00 gram.

“Dadah yang dirampas ini boleh digunakan lebih 3,720 penagih. Nilai dadah dianggarkan RM186,372,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau memberitahu, Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan suspek direman selama seminggu bermula hari ini hingga 12 Ogos ini.

Jelasnya, kes disiasat bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup, jika tidak dikenakan hukuman mati perlu disebat tidak kurang 15 kali sebatan.

Suspek juga katanya, disiasat bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun serta diwajibkan menjalani pengawasan antara dua hingga tiga tahun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast