Dua wanita antara enam warga Bangladesh ditahan polis selepas disyaki dijalankan di sebuah sebuah rumah tumpangan pekerja di kawasan kebun kelapa di Kampung Tualang 7, Tanjung Tualang, pada Khamis. Turut dirampas 16 keping kondom, minyak urut, tisu basah, wang tunai dan telefon bimbit, beg tangan dan dua keping wang tunai. Foto Polis Ipoh.

IPOH – Polis berjaya membongkar kegiatan pelacuran yang dijalankan di sebuah sebuah rumah tumpangan pekerja di kawasan kebun kelapa di Kampung Tualang 7 di sini semalam.

Dalam serbuan sekitar pukul 7.30 malam itu, dua wanita dan empat lelaki warga Bangladesh dengan kesemua berusia 32 hingga 49 tahun ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, serbuan itu dijalankan anggota dari Balai Polis Simpang Pulai ketika menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah Khas.

“Enam warga Bangladesh berkenaan disyaki terlibat aktiviti pelacuran atau persundalan selain disyaki tiada dokumen perjalanan diri yang sah.

“Dalam serbuan berkenaan, pihak polis turut merampas 16 keping kondom, minyak urut, tisu basah, wang tunai dan telefon bimbit, beg tangan dan dua keping wang tunai RM50,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan bagi kesalahan terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Kata beliau, kertas siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 kerana masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast