Sebahagian peserta Violent Storm Motorcycle Group (VSMG) dengan kerjasama komuni kelab-kelab motorsikal tempatan (Support Local MC) hadir pada program “Gempa Bumi” iaitu sebuah acara permotoran sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 68 tahun di Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 9 OGOS 2025

KUALA LUMPUR – Kira-kira 10,000 pengunjung dijangka hadir pada penganjuran Karnival ‘Gempa Bumi’, sebuah acara pemotoran sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-68 hujung bulan ini.

Karnival yang akan berlangsung pada 30 hingga 31 Ogos di APD Crew Circuit, MAEPS Serdang dianjurkan oleh Violent Storm Motorcycle Group (VSMG) merangkumi 300 buah kelab motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Sebahagian peserta Violent Storm Motorcycle Group (VSMG) dengan kerjasama komuni kelab-kelab motorsikal tempatan (Support Local MC) hadir pada program “Gempa Bumi” iaitu sebuah acara permotoran sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 68 tahun di Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 9 OGOS 2025

Pengasas VSMG dan pengurus karnival, Nazatul Amri Jaaffar@Monggol berkata, program berkenaan dibuat bagi memupuk semangat perpaduan diantara kaum menerusi aksi sukan permotoran dan kebudayaan.

Malah, katanya, ia juga mampu menjalinkan hubungan erat antara kelab-kelab motosikal seluruh negara khususnya kelab-kelab motosikal tempatan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, budaya mahu pun citarasa.

Sebahagian peserta Violent Storm Motorcycle Group (VSMG) dengan kerjasama komuni kelab-kelab motorsikal tempatan (Support Local MC) hadir pada program “Gempa Bumi” iaitu sebuah acara permotoran sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 68 tahun di Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 9 OGOS 2025

“Kebiasaanya penganjuran seumpama ini akan menarik bukan sahaja ahli kelab motosikal bahkan juga pengunjung daripada berbilang bangsa dan negara yang berminat untuk melihat aksi tempatan di sepanjang acara ini berlangsung.

“Hasrat ini telah disambut baik oleh rakan-rakan yang mempunyai sama matlamat dan sama harapan untuk memberikan satu perspektif yang positif mengenai prinsip dan cara hidup penunggang motosikal berkuasa tinggi kepada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis suai kenal Karnival Permotoran Gempa Bumi, anjuran Violent Storm Motorcycle Group (VSMG) di sini hari ini.

Sebahagian peserta Violent Storm Motorcycle Group (VSMG) dengan kerjasama komuni kelab-kelab motorsikal tempatan (Support Local MC) hadir pada program “Gempa Bumi” iaitu sebuah acara permotoran sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 68 tahun di Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 9 OGOS 2025

Mengulas lanjut, dengan kapasiti lingkungan pengunjung yang ramai, karnival itu memerlukan sebuah tapak yang besar, sesuai dan bertepatan dengan penganjurannya.

Katanya, litar APD Crew Circuit di MAEPS menjadi pilihan tempat kerana ia telah berjaya menjadi tumpuan pengunjung bagi kebanyakkan acara-acara permotoran berkapasiti tinggi yang menggabungkan beberapa konsep pemotoran, perpaduan dan juga kebudayaan yang pernah dijalankan.

“Pihak kami akan memastikan pengurusan yang baik bagi menepati keperluan PBT di dalam penyediaan keselamatan untuk orang ramai seperti lesen, permit, insuran liabiliti awam, sekuriti tambahan, RELA, persatuan bulan sabit merah, booth perubatan kecemasan dan semburan asap pencegahan nyamuk aedes sebelum tarikh acara berlangsung.

“Kami juga akan mempamer papan tanda keselamatan dan mengedar notis peringatan keselamatan kepada semua pengunjung dan orang awam,” ujarnya.

Tambah beliau, Program ‘Gempa Bumi’ akan dimeriahkan dengan penyediaan dua buah kawasan yang diberi nama ‘Kampung Motor’ dan ‘Pekan Motor’ di mana secara khususnya kelab-kelab motor akan berkumpul dan juga boleh bermalam bagi menyambut ambang merdeka sambil mengeratkan ukhuwah antara mereka di sepanjang dua hari acara berlangsung.

Sementara itu, Presiden Sedarah Motocycle International Club, Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata, program tersebut merupakan sesuatu yang cukup baik kerana menghimpunkan semua rider bagi menunjukkan kesepakatan dan unitinya mereka dalam meraikan semangat patriotisme.

Katanya, acara seperti itu juga boleh mengelakkan stigma negatif masyrakat terhadap penunggang motosikal berkuasa besar yang sememangnya telah lama tertanam dalam benak pemikiran mereka.

“Kalau tengok muka-muka rider ini semua nampak ganas. Tapi dalam hati kami ini ada tertanam semangat untuk meraikan semangat patriotisme yang tinggi.

“Sebab itu program kali ini adalah untuk menunjukkan bagaimana semangat uniti kami rider-rider. Jangan hanya meletakkan persepsi negatif kepada pemilik-pemilik motosikal berkuasa besar.

“Jangan jadikan lifestyle kami ini sebagai alasan untuk meletakkan persepsi negatif itu sebaliknya, fikir sesuatu yang positif dalam pemikiran mereka,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast