Kredit: JBPM Perak

IPOH – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal jenis roda tiga yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Pekan Lambor Kanan, Seri Iskandar malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang membabitkan mangsa berusia 63 tahun itu pada 8.03 malam.

“Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motosikal roda tiga jenis Honda EX-5 yang terbabas ke dalam longkang serta terdapat seorang mangsa lelaki OKU berumur 63 tahun telah ditimpa oleh motosikal tersebut.

“Mangsa telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Ketua Operasi melaksanakan penilaian awal (size-up) seterusnya mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada longkang seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 9.50 malam. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast