KUALA LUMPUR – Seorang pelakon wanita didakwa telah memfailkan perintah injunksi terhadap ibunya sendiri.
Perkara itu didedahkan ibu pelakon wanita terbabit yang memuat naik hantaran di media sosial.
Menurut ibu pelakon cantik yang kini sedang melebarkan sayap ke negara seberang, dia sangat sedih dan kecewa terhadap layanan yang diberikan anaknya sendiri.
“Lelah seorang insan yang bernama ibu. Panggillah seramai peguam yang awak (Anna) nak, bagilah banyak mana injuksi yang awak mahu.
“Letaklah banyak mana gari awak nak letak, saya tak gentar. Saya sudah lalui berbagai onak duri dan bergadai nyawa nak besarkan awak,” kata wanita tersebut.
Wanita terbabit turut mendakwa dia dikunci di dalam kereta terpaksa menumbuk cermin.
Dia juga berkongsi visual sedang menangis dan berada di sebuah balai polis. Bagaimanapun lokasi sebenar serta tujuannya berada di balai polis tersebut, tidak dinyatakan. -MalaysiaGazette
















