JPJ Melaka berjaya menahan enam warga Myanmar disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dipandu rakan senegaranya tanpa lesen memandu sah selepas menahan sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard dalam satu operasi di Jasin, pagi tadi.

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menahan enam warga Myanmar disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dipandu rakan senegaranya tanpa lesen memandu sah selepas menahan sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Alphard dalam satu operasi pagi tadi.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, kesemua mereka termasuk seorang wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun ditahan dalam Operasi Pemandu Warga Asing (Op PEWA) di susur masuk Plaza Tol Jasin, kira-kira 10 pagi.

“Hasil semakan mendapati, keenam-enam warga Myanmar ini tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah malah pemandunya juga tidak mempunyai lesen memandu sebelum mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan juga mendapati, kenderaan pelbagai guna (MPV) itu didaftarkan atas nama seorang lelaki warganegara tempatan dan disita untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Melaka, Bukit Katil di sini, hari ini.

Siti Zarina bersama antara kenderaan mewah yang disita menerusi Ops Khas Luxury antaranya Porsche, Bentley, BMW, Toyota Alphard, Tesla dan Kia keseluruhannya dianggarkan berjumlah hampir RM5 juta.

Menurutnya, dalam operasi hari ini, sebanyak 38 kenderaan daripada 56 buah kenderaan diperiksa didapati melakukan pelbagai kesalahan dan diberikan 119 notis di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Kita turut menyita sebanyak 38 buah kenderaan iaitu 36 motosikal dan dua kereta termasuk MPV Toyota Alphard atas tiga kesalahan utama iaitu tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Selain itu, kita turut melaksanakan Ops Khas Luxury yang memfokuskan penguatkuasaan terhadap kenderaan import dan mewah yang gagal mematuhi peraturan jalan raya,” tambahnya.

Antara kenderaan mewah yang disita ialah Porsche, Bentley, BMW, Toyota Alphard, Tesla dan Kia keseluruhannya dianggarkan berjumlah hampir RM5 juta.

Siti Zarina berkata, sejak Januari hingga kini, 10 kenderaan mewah disita atas kesalahan LKM tamat tempoh dan tiada insurans, termasuk tujuh menerusi Ops Luxury diadakan serentak seluruh negara mulai 1 Julai lalu.

Antara kenderaan mewah yang disita ialah Porsche, Bentley, BMW, Toyota Alphard, Tesla dan Kia keseluruhannya dianggarkan berjumlah hampir RM5 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast