Gambar ihsan SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah menahan reman enam pengurus syarikat dan seorang pegawai penerangan pihak berkuasa tempatan di negeri ini kerana dipercayai terlibat tuntutan palsu bagi pembekalan makanan dan minum berjumlah hampir RM140,000.

Majistret N. Sivashangari membenarkan kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 18 Ogos 2025 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pagi tadi.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Melaka sekitar pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan.

“Berdasarkan maklumat awal yang diterima terdapat beberapa syarikat yang menerima kerja pembekalan makan dan minum telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Penerangan Negeri Melaka kononnya bagi program diadakan sekitar tahun 2024.

“Syarikat-syarikat ini disyaki telah mengemukakan 81 invois yang disyaki mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan hampir RM140,000 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. banyak lagi di MBMB Cuba Tengok kelulusan bangunan ,yg di luluskan berpatutan ke ? atau ada apa2 habuan baru di luluskan ,kalau setakat menyedian makanan ,itu macam tidak ada pun ……

Comments are closed.