Fajar Noor.

KUALA LUMPUR – Penyanyi muda bersuara lunak dari seberang, Fajar Noor yang berjaya mencuri perhatian jutaan peminat apabila meraih tempat kedua dalam program realiti Indonesian Idol kini mengorak langkah ke Malaysia menerusi kunjungan promosi pertamanya di Kuala Lumpur.

Kehadiran Fajar baru-baru ini disambut meriah oleh peminat tempatan untuk memperkenalkan single sulungnya berjudul Tahta Hatiku #Pendampingmu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Yovie Widianto dan lirik oleh Arsy Widianto.

Fajar atau nama sebenarnya, Fajar Nurdiansyah berkata, dengan kekuatan lirik yang emosional menjadikan lagu berkenaan menyentuh hati pendengar segenap usia.

“Lagu ini mengenai mencintai dalam diam. Kadang, kita tak selalu dapat bersama orang yang kita sayang tapi kita tetap ada untuk mereka. Saya percaya ramai orang pernah melalui perasaan itu.

“Mesej yang disampaikan dalam lagu ini juga mencerminkan sisi peribadinya yang tidak begitu gemar mengekspresikan cinta secara terbuka sebaliknya melalui karya dan nyanyian.

“Sebagai penyanyi baru, saya mahu karya saya berbicara lebih kuat daripada kata-kata saya sendiri dan saya tidak sangka sambutan lagu ini begitu positif di Indonesia serta berharap ia turut mendapat tempat di hati rakyat Malaysia,” katanya yang berusia 21 tahun.

Anak muda kelahiran Medan itu merupakan naib Juara Indonesian Idol musim ke-13 ketika  menjadi antara wajah paling segar dalam dunia hiburan Indonesia.

Namun dia tidak terlepas kontroversi membabitkan dirinya adalah apabila tersebar video memaparkan dia dan juara Indonesian Idol musim ke-13, Shabrina Leanor bercumbu di ruang solek. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast