KUALA LUMPUR – Kerajaan mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen kepada RM2.85 seliter bagi tempoh 21 Ogos 2025 hingga 27 Ogos 2025.
Pengurangan ini seiring dengan perubahan Harga pasaran minyak dunia, kata Kementerian Kewangan.
Dalam pada itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM3.13 dan RM2.05 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette















