Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menegaskan beliau akan memecat Lisa Cook jika Gabenor Rizab Persekutuan itu enggan meletakkan jawatan.

“Apa yang dilakukannya adalah teruk. Jadi saya akan pecat beliau, jika beliau enggan letak jawatan,” kata Presiden Amerika Syarikat itu apabila ditanya mengenai Cook.

Cook merupakan Gabenor Rizab Persekutuan yang dilantik bekas Presiden Joe Biden bagaimanapun namanya menjadi hangat di bawah pentadbiran Trump susulan dakwaan berhubung gadai janji hartanah beliau.

Pengarah Agensi Pembiayaan Perumahan Persekutuan, Bill Pulte minggu ini secara terbuka menuduh Cook melakukan penipuan gadai janji berkaitan dakwaan bahawa beliau telah mengisytiharkan dua hartanah berbeza sebagai kediaman utama pada masa yang sama.

Beliau telah menghantar rujukan jenayah kepada Jabatan Kehakiman, yang pada Khamis mendedahkan bahawa ia akan menyiasat Cook.

Pulte, seorang pengkritik lantang terhadap Pengerusi Fed, Jerome Powell, yang secara agresif menyokong gesaan Trump agar bank pusat menurunkan kadar faedah, telah berterusan menyerang Cook di media sosial sejak mendedahkan dakwaannya.

Cook pula secara konsisten mengundi seiring dengan Powell. Beliau berpihak kepada majoriti untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah selepas mesyuarat terkini Federal Open Market Committee bulan lalu. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast