KUALA LUMPUR – Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) memperhebatkan hebahan Skim Pembiayaan Perumahan Muda (SPPM), bagi membantu penjawat awam muda memiliki kediaman pertama mereka dengan lebih berdaya mampu.

SPPM ditawarkan kepada penjawat awam berumur 30 tahun dan ke bawah, dengan kelayakan pembiayaan sehingga RM750,000 dan tempoh pembayaran balik
sehingga 40 tahun atau sehingga umur 90 tahun.

Skim ini mula dilaksanakan pada 1 April 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd Farid Nawawi berkata, fasa hebahan semula ini penting untuk memastikan kumpulan sasaran benar-
benar cakna mengenai peluang yang tersedia.

“SPPM telah diumumkan dalam Belanjawan 2025, namun ramai penjawat awam muda masih belum sedar bahawa mereka berpeluang mendapat pembiayaan lebih
panjang dan fleksibel untuk memiliki rumah pertama.

“LPPSA mahu pastikan maklumat ini sampai kepada semua yang layak, terutama generasi muda sektor awam,” katanya.

Hebahan ini akan diperluas melalui platform digital, media sosial, sesi townhall, kolaborasi dengan agensi kerajaan serta media arus perdana agar maklumat SPPM dapat sampai kepada seramai mungkin penjawat awam muda di seluruh negara.

Permohonan SPPM dibuka melalui portal rasmi LPPSA https://www.lppsa.gov.my/v3/my/ serta saluran digital yang sedia ada.

Dengan inisiatif ini, LPPSA yakin dapat memperkukuh agenda pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam muda, sekali gus menyokong usaha kerajaan meningkatkan
kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast