KUALA LUMPUR – Lebih 8,000 tiket telah terjual setakat malam tadi untuk aksi persahabatan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Jualan tiket dilihat sedikit perlahan memandang perlawanan berlangsung pada hari bekerja biar pun esok adalah cuti umum sempena sambutan Maulidur Rasul.
Namun jualan tiket dijangka dijangka meningkat petang ini memandangkan sikap penyokong tempatan yang membeli tiket di saat-saat akhir selain merindukan aksi Harimau Malaya.
Kehadiran penyokong yang ramai ketika itu didorong oleh revolusi Harimau Malaya yang menampilkan pemain warisan berkualiti tinggi di bawah bimbingan Peter Cklamovski.
Tiket bagi perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Singapura dijual dengan empat pilihan berbeza iaitu RM70 premium, RM60 grandstand, RM40 terbuka dan RM5 kanak-kanak.
Selepas berdepan Singapura, Harimau Malaya akan menentang pasukan kebangsaan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September ini pada pukul 9 malam.















