Kanak-kanak dan ibu pada Program Kemerdekaan Tadika KEMAS Sri Pinang, semalam.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Tadika KEMAS Sri Pinang yang terletak di Pangsapuri Permai menganjurkan Program Kemerdekaan bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak seawal usia.

Program yang berlangsung meriah itu turut disertai oleh ibu bapa, sekali gus mengeratkan hubungan antara komuniti setempat melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai aktiviti patriotik yang dijalankan.

Menurut Penasihat Tadika KEMAS Sri Pinang, Ridzuan Manap, penganjuran program seumpama ini bukan sahaja bertujuan menyemai semangat cintakan tanah air, malah mampu membentuk jati diri serta nilai perpaduan sejak di bangku tadika.

“Kita percaya semangat patriotik perlu disemai sejak kecil lagi. Dengan penglibatan ibu bapa, program ini juga dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan komuniti,” katanya.

Antara pengisian program termasuklah nyanyian lagu-lagu patriotik, perarakan pakaian bertemakan jalur gemilang, serta pelbagai permainan berunsur kenegaraan yang dirancang bagi menceriakan suasana.

Ridzuan turut berharap agar program seperti ini dapat diteruskan setiap tahun bagi memastikan generasi muda tidak melupakan sejarah dan pengorbanan para pejuang kemerdekaan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast