PARIS – Perbicaraan seorang pakar bius Perancis yang dituduh meracuni 30 pesakit dengan 12 daripadanya meninggal dunia, dalam tempoh sembilan tahun bermula di timur Perancis.
Frédéric Péchier, yang berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan, didakwa melakukan jenayah yang disyaki di dua klinik di bandar Besançon antara 2008 dan 2017.
Bekas doktor berusia 53 tahun itu telah dilarang daripada mengamalkan perubatan, apabila pesakit mengalami serangan jantung dalam keadaan yang mencurigakan antara 2008 hingga 2017.
Daripada jumlah itu, 12 pesakit tidak dapat disembuhkan dan maut.
Dia dituduh mencetuskan serangan jantung pada pesakit supaya dia boleh mempamerkan kemahiran resusitasinya dan memberi tekanan kepada rakan sekerja.
Kes mula mendapat perhatian pihak berkuasa selepas Sandra Simard yang berusia 36 tahun mengalami serangan jantung semasa pembedahan rutin pada Januari 2017.
Mangsa termuda, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dikenali sebagai Teddy, terselamat daripada dua serangan jantung semasa pembedahan rutin tonsil pada 2016.
Mangsa tertua doktor yang dikatakan berusia 89 tahun.
Perbicaraan itu merangkumi penyiasatan selama lapan tahun yang mengejutkan komuniti perubatan.
Namun Pechier telah menafikan semua tuduhan itu.
Pechier, bapa kepada tiga anak, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Meskipun berdepan pertuduhan berat, dia tidak ditahan pada masa ini tetapi berada di bawah pengawasan kehakiman.
Pechier tidak lagi mengamalkan perubatan sejak 2017, walaupun dia diberi kuasa untuk bekerja pada 2023 selagi dia tidak berhubung dengan pesakit.
Dia disyaki mengganggu beg parasetamol atau kantung anestesia rakan sekerjanya untuk membuat kecemasan bilik pembedahan hingga beliau boleh campur tangan untuk menunjukkan bakatnya yang ‘menghidupkan semula’ pesakit.
Beberapa rakan sekerja menyifatkan Pechier sebagai “pakar bius hebat” manakala yang lain pula mendakwa dia seorang yang sombong dan manipulatif.
Sepanjang siasatan, penyiasat meneliti lebih daripada 70 laporan “peristiwa buruk yang serius,” jargon perubatan untuk komplikasi atau kematian yang tidak dijangka dalam kalangan pesakit.
Kes 30 pesakit yang mengalami serangan jantung semasa pembedahan di Klinik Saint-Vincent dan Poliklinik Franche-Comte berjaya dibicarakan.
Lebih 150 parti sivil akan diwakili dalam perbicaraan itu.
Untuk dua minggu pertama, mahkamah akan meneliti kes terbaharu Pechier, yang menyebabkan syak wasangka penyiasat dan menyebabkan dia diletakkan di bawah siasatan pada 2017.
Selepas itu, setiap keracunan yang dikaitkan dengan doktor akan diperiksa. – Agensi















