Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Nadzir Helmi bercakap pada sidang media ketika tinjauan persiapan Muktamar Tahunan PAS ke-71 di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 September 2025.

ALOR SETAR – Meskipun Muafakat Nasional (MN) sudah berkubur sejak 13 Oktober 2022, namun ia tidak menghalang Pas untuk mengundang bekas sekutunya untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas ke-71 pada 11 hingga 16 September ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar tidak menafikan bekas rakan MN antara 80 tetamu kenamaan yang diundang bagi menghadiri mesyuarat tahunan parti Islam itu.

“Sebanyak 80 jemputan tetamu kenamaan dalam kalangan pemimpin parti, delegasi dalam dan luar negara yang akan hadir pada muktamar kali ini.

“Kita memang jemput semua kawan-kawan semua (bekas komponen MN), cuma datang atau tidak, kita tak tahulah, tapi jemputan itu telah dibuat.

“Tunggulah siapa yang akan hadir,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Kompleks Pas Kedah, di sini, hari ini.

Petugas parti membuat persiapan bagi Muktamar Tahunan PAS ke-71 di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar. Foto MUHAIMIN MARWAN, 11 September 2025.

Terdahulu Nadzri membuat tinjauan persiapan akhir Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke-66.

Menurut Nadzri, Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, di sini, hujung minggu ini membabitkan lebih 1,000 perwakilan dari 180 kawasan dari seluruh negara.

“Agak menarik kerana jumlah agak ramai pada kali ini, mungkin masing-masing menantikan strategi terbaru yang Pas akan tampilkan, kita lihat kehadiran mereka agak ramai, akan ada benda yang best Insya-Allah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast