Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana KPM bagi membolehkan pengurusan banjir di Sabah dan beberapa negeri lain dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, seluruh jentera dan kekuatan juga telah digerakkan untuk membantu menangani situasi banjir yang melanda.

“Saya mengikuti rapat perkembangan situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di Sabah dan di negeri-negeri lain.

“Pagi ini, saya adakan perbincangan secara maya dengan barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapat maklumat terkini situasi dan langkah-langkah yang diambil bagi menanganinya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Fadhlina turut menasihatkan warga pendidikan untuk sentiasa meningkatkan kewaspadaan dan aspek keselamatan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Terkini, 412 mangsa daripada 113 keluarga di Sabah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara dan pusat pemindahan kekal.

Sebanyak 14 kampung di Penampang dan lapan kampung di Beufort dilaporkan terjejas akibat banjir. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast