CARACAS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro melabelkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio sebagai ‘raja kematian dan peperangan’ berikutan kenyataan retoriknya mengenai kartel Amerika Selatan dan berikrar akan mempertahankan negara itu terhadap ‘serangan’ Washington.
Merujuk kepada peningkatan kehadiran tentera laut AS di Caribbean dan serangan berdarah ke atas sebuah bot yang didakwa membawa dadah baru-baru ini, Maduro memberitahu wartawan bahawa Caracas akan melaksanakan sepenuhnya haknya untuk mempertahankan diri.
Ketegangan antara AS dan Venezuela yang berpanjang menemui kemuncak baharu selepas Presiden Donald Trump mengerahkan lapan buah kapal perang ke selatan Caribbean, berhampiran Venezuela bagi memberi tekanan kepada Maduro.
AS menuduh pemimpin itu menerajui kartel pengedaran kokain dan meningkatkan habuan untuk mengkapnya kepada AS$50 juta baru-baru ini.
Pada bulan ini, tentera AS meletupkan sebuah bot yang membawa 11 penumpang dengan Washington mendakwa ia dikendalikan oleh geng Tren de Aradua dari Venezuela.
Dalam temu bual dengan Fox News semasa melawat Baitulmaqdis, Rubio mempertahankan serangan kontroversi ke atas bot yang berlayar di perairan antarabangsa itu, langkah yang dipersoalkan ilmuan perundangan.
“Kami mempunyai kesetiaan 100 peratus dan sudah pasti bot itu terlibat dengan pengedaran dadah yang destinasi akhir untuk tiba di AS.
“Apa yang perlu dimulakan ialah sesetengah bot ini perlu diletupkan,” kata Rubio yang mendakwa beberapa buah bot membawa dadah ke AS dan bilangannya jatuh secara drastik sejak serangan peluru berpandu.
Pada sidang media di Caracas, Maduro berkata, komunikasi dengan pentadbiran Trump terbantut dan kebanyakan kegagalan itu ditujukan kepada Rubio.
Terdapat desas-desus di Caracas dan Washington bahawa pentadbiran Trump mungkin sedang bersiap sedia menyerang kartel Venezuela yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas.
Maduro berkata, ancaman bom telah menyebabkan kegagalan hubungan. – AFP
















