Kemalangan yang melibatkan seorang pejalan kaki di Jalan Kuchai Maju, 14 Sept lalu.

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) kini memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan insiden melibatkan sebuah van Rapid KL On-Demand (Taman OUG – Kuchai Lama) dengan seorang pejalan kaki di Jalan Kuchai Maju pada 14 Sept lepas.

Rapid Bus dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemandu yang terbabit telah digantung tugas serta-merta sementara siasatan dijalankan.

“Kami memahami keresahan orang ramai susulan kejadian berkenaan dan merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mangsa atas kehilangan yang dialami,” menurut kenyataan itu.

Rapid Bus turut memberi jaminan bahawa keselamatan pengguna jalan raya dan orang awam sentiasa menjadi keutamaan, selain meneliti semula prosedur operasi dalaman bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi dapat dipraktikkan dalam semua perkhidmatan.

Syarikat itu juga menghargai pandangan orang ramai dan memohon agar semua pihak memberikan ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast