Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bakal jemaah haji diingatkan supaya segera mengemas kini profil maklumat peribadi bagi memastikan komunikasi serta urusan tawaran haji  musim 1447H/2026M berjalan lancar.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH) , Mustakim Mohamad, berkata langkah itu penting bagi memastikan bakal jemaah haji dapat menerima maklumat terkini yang tepat, termasuklah jadual taklimat persediaan, kursus haji serta segala panduan perjalanan ke Tanah Suci. 

“Semua bakal jemaah haji boleh menyemak giliran menunaikan haji bagi musim Haji 1447H/2026M di platform THiJARI atau di pejabat cawangan TH di seluruh negara. 

“TH amat menekankan kepentingan maklumat yang tepat dan terkini bagi urusan haji dapat diatur dengan sebaik-baiknya.

“Kami berharap agar semua bakal haji dapat memberikan kerjasama untuk mengemas kini profil masing-masing dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.

Rekod TH menunjukkan seramai 521 bakal haji dalam senarai giliran musim 1447H/2026M masih gagal dihubungi, sekali gus menjejaskan penyampaian maklumat penting berkaitan persediaan dan urusan ibadah.

Sehubungan itu, TH menasihatkan semua pendeposit, khususnya mereka yang berada dalam giliran, supaya hadir ke pejabat cawangan TH terdekat atau menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 untuk mengesahkan maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel.

“Semua bakal haji untuk membuat persediaan awal sebaiknya, baik dari aspek kesihatan, kewangan dan ilmu pengetahun berkaitan ibadah haji, bagi memastikan urusan penerimaan tawaran haji serta perjalanan menuju ibadah haji yang mabrur dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast