Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada media berkenaan Barisan Nasional Forum ke 8 di Auditorium Menara Dato Onn, WTC Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2025.

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak boleh digubal hanya dengan melihat kepada pembangunan fizikal semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun ia bukan undang-undang yang bersifat keras atau drakonian, faktor budaya, ekonomi, politik dan sosial tetap perlu diberi perhatian.

“Meskipun ia tidak bersifat drakonian, beberapa faktor tetap perlu diambil kira,” katanya selepas menghadiri Forum Urbanisasi dan URA di ibu negara, malam tadi.

Menurut Ahmad Zahid, Konvensyen Melayu Bandar yang dijadualkan pada 3 Oktober depan akan menjadi platform penting bagi memuktamadkan beberapa perkara berkaitan RUU itu.

Sebelum ini, RUU PSB 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Antara tujuannya ialah memastikan kawasan perumahan lama yang uzur dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih adil, terancang serta inklusif demi kesejahteraan rakyat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast