KUALA LUMPUR – Seorag pemandu e-hailing ditahan polis semalam kerana tidak berhenti ketika lampu isyarat merah di Jalan Hishammdin, di sini, menyebabkan seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan nyaris dilanggar kereta terbabit.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, penahanan itu dilakukan setelaj Jabatan Siasatan dan Pengautkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerima rakaman video tular dimuat naik pada laman Tik Tok yang memaparkan kejadian tersebut.
“Siasatan awal mendapati pemnandu kereta adalah seorang lelaki berumur 42 tahun merupakan seorang pemandu Grab yang sedang memandu kereta Perodua Bezza telah bertindak melanggar mlampu isyarat merah di Jalan Hishamudin dari arah Jalan Kinabalu menghala ke Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka.
“Akibat dari perbuatan itu, pemendu kereta terbabit hampir melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan di laluan lintasan jalan berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Mohamed Usuf, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu kereta terbabit ditahan di bawah seksyen sama untuk membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/0269 atau balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette















