Bangunan Bursa Malaysia. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2024.
KUALA LUMPUR – Pelabur asing berubah menjadi penjual bersih minggu lalu, menamatkan aliran pembelian selama dua minggu berturut-turut dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak -RM451.5 juta.
MBSB Research berkata, pelabur asing merupakan penjual bersih pada setiap hari dagangan, dengan aliran keluar harian antara –RM17.2 juta hingga –RM223.5 juta.
Aliran keluar terbesar berlaku pada hari Khamis, diikuti Selasa (–RM101.6 juta), Rabu (–RM67.4 juta) dan Jumaat (–RM41.8 juta).
Manakala aliran keluar terkecil direkodkan pada hari Isnin sebanyak –RM17.2 juta.
Menurutnya, tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih minggu lalu ialah produk & perkhidmatan pengguna (RM127.0 juta), perladangan (RM61.2 juta) dan tenaga (RM49.4 juta).
Tiga sektor teratas yang mencatat aliran keluar asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (–RM241.1 juta), utiliti (–RM177.7 juta) dan penjagaan kesihatan (–RM137.2 juta).
Institusi tempatan pula kembali kepada aktiviti belian bersih, menamatkan aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM696.0 juta.
Pelabur runcit tempatan masih meneruskan aliran jualan bersih kepada tiga minggu berturut-turut, dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak –RM244.6 juta.
Purata jumlah dagangan harian (ADTV) menunjukkan peningkatan secara menyeluruh minggu lalu.
Pelabur runcit tempatan dan institusi tempatan masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak +2.8% dan +1.6%, manakala pelabur asing mengalami penurunan sebanyak –39.7% – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast