Research conducted by UiTM in Malaysian tertiary hospital found that about one in four medical officers met the criteria for burnout. File picture

KUALA LUMPUR – Pembukaan hospital swasta baharu dikhuatiri akan terus menghakis jumlah pakar perubatan di hospital kerajaan yang kini berdepan krisis kekurangan tenaga pakar.

Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM), Gandipan Nantha Gopalan berkata, kerajaan perlu segera mengenakan moratorium sekurang-kurangnya lima tahun bagi mengelakkan lebih ramai pakar berhijrah ke sektor swasta.

Situasi itu, katanya, menyebabkan pesakit di hospital kerajaan terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rawatan kritikal kerana kekurangan tenaga pakar.

“Fenomena pengaliran keluar pakar berlaku setiap kali hospital swasta mula beroperasi apabila mereka menawarkan ganjaran lumayan kepada doktor kerajaan.

“Keadaan ini amat membimbangkan kerana 70 peratus pesakit wad dirawat di hospital kerajaan, sedangkan 70 peratus doktor pakar berpengalaman lebih 10 tahun kini berkhidmat di swasta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, projek-projek seumpama itu akan  memperbanyakkan lagi pemindahan pakar daripada sektor awam ke swasta.

Beliau turut menolak skim Rakan KKM yang diperkenalkan kerajaan sebagai jalan penyelesaian, sebaliknya menegaskan langkah itu hanya akan memburukkan keadaan.

“Kesihatan adalah hak rakyat, bukan barang dagangan. Kerajaan perlu menaikkan peruntukan tahunan Kementerian Kesihatan kepada lima peratus daripada KDNK bagi menyelesaikan isu kekurangan pakar serta memperkukuh sistem kesihatan awam,” ujarnya. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast