CARACAS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro berkata beliau bersedia untuk mengisytiharkan darurat terhadap ancaman ‘serangan’ Amerika Syarikat (AS) berikutan beberapa ancaman serangan AS ke atas bot milik Venezuela yang membawa dadah.
“Pada hari ini proses rundingan bermula, untuk mengisytiharkan darurat mengikut perlembagaan dan melindungi rakyat kami, keamanan kami dan kestabilan kami jika Venezuela diserang oleh empayar Amerika, serangan ketenteraan,” kata Maduro ketika berucap menerusi rangkaian televisyen.
Terhadulu, Naib Presiden, Delcy Rodriguez memberitahu diplomat asing bahawa Maduro telah memeterai perintahan yang membolehkan Presiden itu mempunyai ‘kuasa khas’ sebagai ketua negara bagi bertindak dalam perkara-perkara berkaitan pertahanan dan keselamatan jika AS ‘berani menyerang tanah air kami’.
Bagaimanapun sumber kerajaan memberitahu AFP bahawa Maduro masih belum menandatangani dokumen tersebut.
“Naib Presiden membentangkan dokumen itu bagi menunjukkan bahawa semua telah bersedia dan Presiden boleh memerintahkannya pada sebarang masa,” menurut sumber yang tidah mahu dikenali.
Maduro meletakkan Venezuela dalam keadaan berjaga-jaga terhadap penempatan tentera AS dalam bilangan yang besar berhampiran pantai negara itu.
Presiden AS, Donald Trump mengerahkan lapal kapal perang dan sebuah kapal selam nuklear ke selatan Caribbean sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memerangi pengedaran dadah, namun ia dilihat untuk memberi tekanan kepada Maduro.
Tentera AS telah memusnahkan sekurang-kurangnya tiga buah bot yang disyaki membawa dadah di Caribbean sejak beberapa minggu lalu, membunuh 14 orang dalam langkah yang disifatkan sebagai ‘pelaksanaan di luar kehakiman’ oleh pakar-pakar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Kini para pegawai tentera AS sedang merangka alternatif untuk menyasarkan pengedar dadah yang berada dalam sempadan Venezuela, menurut laporan NBC yang memetik empat sumber yang rapat dengan perbincangan itu.
Mengisytiharkan darurat akan membolegkan Maduro, yang mana pertikaian pilihan raya semula pada tahun lalu tidak diiktiraf oleh kebanyakan komuniti antarabangsa, menggantung hah asas warga Venezuela secara sementara.
Rodriguez yakin Venezuela akan disatukan di belakang Maduro jika AS menyerang.
“Rakyat Venezuela bersatu mempertahankan negara kami,” katanya yang berikrar: “Kami tidak akan menyerah tanah air kami,”.
Dalam ucapannya, Maduro turut menyelit bahawa beliau mempunyai ‘maklum balas yang baik’ daripada perbualan yang diadakan dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Maduro berkata, Guterres telah menzahirkan ‘kehairanan pada peningkatan (ketegangan) yang tidak pernah berlaku sebelum ini, secara berlebihan yang berlangsung hampir tujuh minggu, yang telah diumumkan dan dilancarkan terhadap negara yang aman, Venezuela.
Dakwaan tersebut tidak disahkan PBB. – AFP
















