Lukisan yang disedari hilang dari Galeri Sejarah Johor, Pusat Informasi Pelancongan (TIC), Kota Tinggi Johor.

KOTA TINGGI – Dua lukisan perhiasan yang disedari hilang dari Galeri Sejarah Johor, Pusat Informasi Pelancongan (TIC) di sini, kelmarin dipercayai dicuri.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Othman Yusof berkata, kehilangan lukisan tersebut dilaporkan seorang peniaga iaitu lelaki tempatan berusia 58 tahun.

“Lukisan yang hilang itu mempunyai gambar Air Terjun Kota Tinggi dan gambar bunga dengan saiz anggaran 42 sentimeter X 60 sentimeter. Harganya sekitar RM1,000.

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Tinggi sudah membuka kertas siasatan bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil dan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Saiful Said 018-7637969.

Tambahnya, mereka juga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau melalui hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi 07-8831222.

Sementara itu, menerusi satu hantaran dalam satu Facebook semalam memaklumkan, kehilangan tersebut didakwa dimaklumkan Pengurus TIC, Nur Farhana Zakaria.

Beliau menyeru orang ramai agar berwaspada sekiranya terlihat lukisan-lukisan seumpama itu ditawarkan untuk dijual kerana adalah hasil daripada kejadian kecurian yang tidak berperikemanusiaan.

Difahamkan karya lukisan yang hilang itu penuh nilai sejarah dan sentimental.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast