S. Saamini

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata, S. Saamini kali terakhir dilihat di rumahnya di Seksyen 2 Bandar Rinching dan laporan kehilangannya diterima pada 4 petang semalam.

“Remaja berkenaan mempunyai fizikal kurus dan berketinggian 140 cm dengan pakaian terakhirnya adalah kemeja-T putih dan seluar hitam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai S. Saamini diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat SM Zul Fahmi Yasin di talian 017-7038868.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast