Sesi temu bual bersama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Ni Ching pada Program PODCAST MG di Studio MalaysiaGazette, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto AIZAT ZAINAL, 5 SEPTEMBER 2025.

KULAI – DAP Johor berharap Barisan Nasional (BN) Johor akan berbesar hati mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

Ketuanya, Teo Nie Ching berkata, perbincangan mengenai kerjasama tersebut masih lagi berjalan sehingga kini.

“Berhubung PRN Johor, kita masih terus mengadakan perbincangan. Kita harap kerjasama diadakan antara PH dan BN kelak,” ujar Ketua Sayap Wanita DAP itu.

Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Run For The Future anjuran I-Jaya Management Sdn Bhd di Hutan Bandar Putra Kulai, di sini hari ini.

Sebelum ini, Naib Pengerusi Parti Amanah Johor (Amanah) Johor, Dr Zuhan Zain dilaporkan berkata, PH Johor perlu segera membuat ketetapan sama ada menghadapi PRN Johor bersama-sama BN atau bergerak secara solo.

Zuhan yang juga Ketua Amanah Kawasan Kluang berkata, keputusan itu penting bagi membolehkan PH Johor memfokuskan persiapan gerak kerja menghadapi PRN.

Menurutnya, langkah awal juga perlu diambil untuk membincangkan soal agihan kerusi sekiranya kerjasama dengan BN diteruskan atau sebaliknya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast