Seorang warga tempatan berjaya ditemui orang awam selepas terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti Kampung Nelayan Sungai Besar jam 2.45 pagi, pada Jumaat.

SUNGAI BESAR – Seorang lelaki warga tempatan nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam laut semasa dalam perjalanan pulang menaiki bot di sini lewat petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu menerusi MERS999, jam 6.16 petang.

Jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar tiba pukul 6.26 petang dengan jarak tempat kejadian 9.4 kilometer (km).

“Mangsa berjaya ditemui orang awam di daratan pada jarak dua km dari Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) berhampiran Jeti Kampung Nelayan di sini pukul 2.45 pagi.

“Mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis juga berkata, mangsa, Khairul Anuar Sabarah, 35, kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Timbalan Ketua Zon 7 JBPM Selangor, PgB Mohd Amal Izzudin Azmi di talian 017-3706423, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast