Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana semasa sesi temu bual media di tayangan perdana filem Hayya 3 Gaza.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana menegaskan bahawa segala perkongsian daripada misi kemanusian Global Solidarity Sumud Fortila bukan untuk mencipta sensasi tetapi untuk menyedarkan kezaliman di Palestin.

Menurut Zizi Kirana, segala cerita yang dikongsikan di media sosial, audio siar dan temubual media sudah cukup untuk mengambarkan mengenai keadaan sebenar di sana.

“Kita berkongsi cerita itu supaya semua yang mendengar itu tahu situasi macam mana kezaliman yang sebenar-benarnya Zionis itu.

“Bila orang kita sendiri mengalami, rasanya lebih dekat untuk orang-orang di luar sana untuk dengar dan memahami cerita itu,” katanya ketika ditemui sebelum tayangan perdana filem Hayya 3 Gaza, semalam.

Tambahnya, pengalaman berada lebih 30 hari bersama pasukan sukarelawan lain meninggalkan kesan rindu yang mendalam terutamanya selepas melalui pelbagai cabaran bersama termasuk kejadian letupan dan tahanan.

“Perjalanan kita mengambil masa lebih 30 hari, jadi sebulan kita bersama-sama dengan orang yang sama, Kak Ardel dan ramai lagi.

“Pelbagai proses kami lalui bersama, dari Barcelona kemudian transit, kemudian ada letupan yang berlaku di tengah-tengah jalan, kemudian masuk ke penjara, tapi semua itu menjadikan kami lebih memahami apa yang rakyat Palestin hadapi bersama,” ujar Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Menurut Nur Fazelah Mad Tahil.

Beliau dapat merasai pengalaman penduduk Palestin semasa berada di dalam tahanan apabila melihat video-video tahanan dibebaskan.

“Bila kita tengok video yang sedang tular sekarang, video orang Palestin yang keluar daripada penjara, itu menunjukkan bagaimana situasi kami sebenarnya berada di penjara.

“Baju yang kami pakai, tempat yang kami dikurung, semuanya sama dengan apa yang mereka lalui, jadi bila orang Malaysia tengok kami, mereka rasa lebih dekat dengan isu ini kerana kami juga rakyat Malaysia yang mereka kenali,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zizi melahirkan rasa syukur apabila semakin banyak masyarakat bersatu menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Gaza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast