Bangunan Bursa Malaysia. Foto MOHD ADZLAN, 08 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Pelabur asing meneruskan rentetan jualan bersih selama tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sederhana sebanyak –RM14.6 juta, jauh lebih rendah daripada aliran keluar bersih minggu sebelumnya sebanyak –RM962.8 juta.

Pelabur asing merupakan penjual bersih pada dua daripada empat hari dagangan minggu lepas, dengan Rabu menyaksikan aktiviti jualan bersih tertinggi pada –RM73.3 juta.

Diikuti oleh Selasa pada -RM68.9 juta. Khamis dan Jumaat kedua-duanya menyaksikan aktiviti belian asing bersih, masing-masing dengan RM97.5 juta dan RM30.1 juta direkodkan.

MBSB Research berkata, tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran masuk asing bersih minggu lepas ialah produk & perkhidmatan pengguna (RM195.7 juta), produk & perkhidmatan perindustrian (RM83.0), dan teknologi (RM66.9 juta).

Menurutnya, tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar asing bersih ialah penjagaan kesihatan (-RM200.7 juta), perkhidmatan kewangan (-RM142.7 juta), dan telekomunikasi & media (-RM52.4 juta).

Manakala pelabur institusi tempatan melanjutkan pembelian bersih selama tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk sebanyak RM111.1 juta.

Pelabur runcit tempatan pula meneruskan rentetan jualan bersih selama tujuh minggu berturut-turut, mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak –RM96.5 juta, 3.7x lebih kecil daripada aliran keluar minggu sebelumnya sebanyak –RM357.4 juta.

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) mengalami penurunan meluas minggu lalu.

Pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak –26.3% dan –18.8%, manakala pelabur asing menyaksikan penurunan sebanyak –25.1%. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast