Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Media dan Komunikasi 2025 (MENTION 2025) anjuran Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Menara TRX, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 28 OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia secara purata menghabiskan masa selama lapan jam sehari dalam talian, menjadikan negara ini antara pengguna internet paling aktif di rantau Asia Tenggara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kebebasan digital yang dinikmati rakyat hari ini datang bersama tanggungjawab besar untuk mengawal tingkah laku dan memastikan penggunaan media secara beretika.

“Kita menikmati dunia tanpa sempadan, tetapi dalam kebebasan itu wujud cabaran yang nyata,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Media dan Komunikasi 2025 (MENTION2025) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Menara Affin, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Menurut Fahmi, kementeriannya menerima lebih 15,000 aduan pada tahun lalu melibatkan kandungan berbahaya, berita palsu dan jenayah siber, mencerminkan betapa seriusnya ancaman digital terhadap masyarakat.

“Celik media dan komunikasi beretika bukan lagi pilihan, ia kini keperluan asas untuk kelangsungan masyarakat digital,” ujarnya.

Tambah beliau, ledakan maklumat tanpa sempadan telah menjadikan pengguna lebih terdedah kepada manipulasi, kebencian dan maklumat tidak sahih.

“Kita tidak boleh sekadar menjadi pengguna, tetapi mesti menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab,” ujarnya. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast