kilang kitar semula di Pelabuhan Klang

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang kitar semula di Pelabuhan Klang dekat sini didenda RM140,000 oleh Mahkamah Sesyen 4 Klang atas enam pertuduhan memproses buangan terjadual tanpa lesen dan kelulusan.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar selepas mendengar hujahan pendakwaan dan rayuan syarikat terbabit.

Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada syarikat lain

Terdahulu eksekutif akaun syarikat yang mewakili syarikat itu mengaku bersalah atas semua pertuduhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Siasatan JAS mendapati kilang berkenaan menjalankan aktiviti kitar semula plastik sekerap serta menyimpan pelbagai buangan elektrik dan elektronik termasuk bateri asid plumbum.

Menurut kenyataan JAS, syarikat itu memiliki kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bertarikh 30 Oktober 2020.

Namun syarikat itu melangkaui kebenaran dengan turut memproses buangan terjadual yang tidak diluluskan.

“Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan semua premis industri mematuhi peraturan.” kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Datuk Wandi Yadzid Yaakob dalam kenyataan hari ini.

JAS Selangor menegaskan, komitmennya memastikan pemantauan berterusan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan

JAS Selangor juga menggesa orang ramai melaporkan sebarang aktiviti pencemaran melalui 1-800-88-2727 atau portal e-aduan https://eaduan.doe.gov.my. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast