Mamadou Diarra. Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC mengesahkan kehadiran tonggak pertahanan tengah baharu, Mamadou Diarra untuk berdepan Persib Bandung dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.

Pengumuman pemain yang kali pertama datang ke Asia selepas bermain di Perancis dan Turki dibuat di laman Facebook kelab itu itu.

Pemain dari Senegal itu turut disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika Gergasi Merah membawa misi wajib menang berdepan Persib Bandung untuk membuka peluang mereka ke pusingan kalah mati ACL2.

Diarra memulakan kariernya bersama pasukan muda ASC Jaraaf iaitu salah satu kelab terkemuka Senegal untuk mengembangkan bakat sebagai pemain pertahanan.

Pemain berusia 28 tahun itu menghabiskan sebahagian besar kerjaya profesional awalnya di Turki apabila bermain untuk Boluspor, Bursaspor dan Giresunspor dari musim 2016 hingga 2022.

Pada September 2022, Diarra berpindah ke Perancis untuk menyertai Grenoble Foot 38 dalam Ligue 2 selama tiga musim dan sepanjang bersama kelab itu, dia berjaya membuat 87 penampilan dan menjaringkan empat gol.

Sementara itu, Selangor FC turut mengumumkan kehadiran pemain import tengah dari Croatia kelahiran Switzerland iaitu Toni Domgjoni. – MalaysiaGazette

Toni Domgjoni. Foto FB Selangor FC.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast