KUALA LUMPUR – Polis kini sedang giat mengesan kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun di kawasan Petaling Jaya, dua hari yang lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, Nur Dania Raudhah Abdul Karim kali terakhir dilihat di rumahnya di Blok N, Pangsapuri Petaling Perdana, Jalan PJS 1/21, Petaling Jaya pada jam 9 pagi.
Nur Dania Raudhah mempunyai kulit yang seakan-akan kuning langsat, berambut panjang dan berketinggian kira-kira 162 sentimeter.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Azman Ayob di talian 012-2237272 di talian 018-3487636 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette















