Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari. Foto FAREEZ FADZIL, 07 MAC 2024.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Sri Lanka ditemui mati di tepi kolam renang sebuah kondominium di Jalan Sentul Pasar, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.40 pagi hasil makluman orang awam yang mendakwa melihat individu jatuh dari bangunan kondominium berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati mangsa merupakan seorang buruh berusia 26 tahun berada dalam keadaan terbaring di bahagian tepi kolam renang tingkat dua kondominium tersebut.

“Pasukan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah juga telah dibuat dan didapati tiada sebarang perkara mencurigakan yang boleh dikaitkan dengan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast