Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohamad Lazim Ismail

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang lelaki cedera parah akibat ditetak di Wangsa Maju selepas video berdurasi beberapa saat memaparkan mangsa berlumuran darah tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada 5 November lalu.

“Ketika ini siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serta suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis sedang meneliti semua rakaman dan keterangan saksi bagi melengkapkan siasatan sebelum laporan penuh dikeluarkan dalam masa terdekat.

Video tular itu memaparkan seorang lelaki dengan kesan luka pada bahagian dagu dan lengan kanan, dipercayai akibat ditetak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast