KUALA LUMPUR – Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr. Solehah Yaacob membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa beliau menyatakan Sayyidatina Siti Khadijah (r.a.) berasal dari dunia Melayu.
Dalam hantaran Facebooknya hari ini, beliau menafikan mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan isteri Nabi Muhammad SAW itu dengan dunia Melayu.
Beliau menjelaskan, video yang tular di media sosial itu telah disunting dan diambil di luar konteks.
“Saya telah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan menafikan secara tegas bahawa saya pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Dengan penjelasan ini, saya berharap agar segala bentuk fitnah, penghinaan, penyelewengan maklumat dan ejekan di media sosial, tabloid serta media rasmi dapat dihentikan segera,” ujarnya.
Menurut kenyataan itu, video asal yang lidak disunting boleh ditonton di pautan berikut: https://www.facebook.com/share/v/EzDzPgkALh6FAWqM/?mibextid=oFDknk.
Selain itu, versi video yang telah disunting boleh ditonton di sini: c https://vt.tiktok.com/ZSvCcmrWx/.
Beliau turut berkata, hipotesisnya mengenai kejayaan bangsa Melayu dan pengaruh pinjaman bangsa Rom mungkin benar atau mungkin salah.
“Namun, dalam tradisi akademik dan Islam, kita diajar untuk menghormati perbezaan pandangan. Dalam Islam, kita tidak menganiaya atau menghukum ilmuwan kerana pandangan mereka.
“Gereja pernah menghukum Giordano Bruno yang dibakar hidup-hidup kerana beliau menyatakan bahawa bumi beredar mengelilingi matahari dan bahawa tuhan itu satu bukan tiga,” ujar kenyataannya. – MalaysiaGazette
















dalam dunia ilmuan ada banyak sengketa yg sengaja diwujudkan oleh puak tertentu untuk mengeruhkan lagi keadaan. muzakarah dan pandangan tidak dihormati ( disebabkan hasad dengki yg kuat ) Permusuhan yg merugikan diri, agama dan negara di mana sewajibnya para ilmuan bersepakat dan berlapang dada dalam apa soal yg dibincangkan. Jangan tegakkan bermati-matian ikhtilaf, sebaliknya wujudkan titik pertemuan yang sihat. Pandangan orang harus dihormati kerana pandangan itu bukanlah lontaran kosong. Ia terhasil daripada kajian, pengamatan dan pencarian yg sungguh2 berbanding puak yang melontar batu kemusnahan yg malas mengkaji dan senang2 menyalahkan orang lain. Bahaya fitnah jugak suatu pembunuhan warisan ilmu yang harus dihentikan.
ilm adalah pengetahuan berdasar bukti “evidence Based knowledge”, jika seseorang berhujah berdasar ilm dan dapat mempertahankan dapatanya selain adanya coroboration information yang boleh memperkukuhkan pandanganya, itu bermulanya hipotesis yang lanjutan dari itu boleh melalui tahap lebih tinggi, melainkan ada bukti lain yang lebih kuat dan bertentangan yang boleh membatalkan hipotesis tersebut. orang yang bising2, mengutuk, menghina, bawalah hujah anda, jangan jadi tukang gendang tin kosong.
melayu sekarang tak sama dengan melayu dulu, skrg melayu pemalas harapkan kerajinan bangsa lain
Ni mesti talibarut penjajah, kalo tak penjajah portugis, belanda mestitali barut penjajah British. Semua org tahu melaka jatuh dlm 7 hari si sebabkan setengah2 pedagang2 menjadi pembelot bekerja sama dgn portugis LaknatuAllah….
Ni mesti Tali barut penjajah, kalo tak penjajah portugis, belanda mestitali barut penjajah British. Semua org tahu melaka jatuh dlm 7 hari si sebabkan setengah2 pedagang2 menjadi pembelot bekerja sama dgn portugis LaknatuAllah….