Tangkap layar video tular memaparkan anggota MPV dan URB di Klang menahan individu hanya latihan amal simulasi yang dilaksanakan pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Sebuah rakaman tular memaparkan sepasukan polis menahan individu di Klang hanya latihan amal simulasi Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, latihan itu dilakukan pada pukul 10 pagi semalam melibatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

“Latihan ini melibatkan koordinasi bersama Cawangan Pusat Kawalan Polis Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Klang Utara.

“Latihan berkenaan untuk mengkaji keberkesanan dan kesiapsiagaan anggota-anggota MPV, URB serta Pusat Kawalan dalam menghadapi situasi mengejar penjenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Vijaya, latihan melibatkan seramai dua pegawai kanan polis bersama-sama dengan 26 pegawai rendah polis IPD Klang Utara.

Beliau menegaskan, supaya orang ramai tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat.

Jelasnya, tindakan akan diambil terhadap individu yang menyebarkan perkara tidak benar mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu tular sebuah rakaman video di aplikasi Facebook yang memaparkan pihak polis membuat tangkapan terhadap seorang individu melibatkan kes samun kedai emas di Klang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast