Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh.

KOTA KINABALU – Sebanyak 10 calon PKR yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah menandatangani surat aku janji mewakili parti itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata aku janji yang ditandatangani itu berserta bon perjanjian bernilai RM10 juta sekiranya membelot amanah parti.

PKR membariskan calon pelbagai latar belakang terdiri daripada bekas timbalan menteri, penjawat awam dan golongan profesional.

“Semoga komitmen 100 peratus calon kepada parti, pengundi dan kawasan diwakili dapat melaksanakan amanah diberikan sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri baharu,” katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR memperkenalkan 10 calon itu pada Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di sini malam tadi.

Anwar pada majlis itu turut memberitahu bahawa PH akan bertanding 23 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ke-17 dan akan menggunakan logo PH.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast