Satu jasad ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah kilang sampah di Jalan Seelong, Senai, pagi tadi.

KULAI – Seorang pekerja lelaki rentung dalam kebakaran di sebuah kilang sampah di Jalan Seelong, Senai di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Asri Yousri berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut diterima pada pukul 3.40 pagi.

“Susulan itu sembilan anggota dari BBP Bandar Baru Kulai dan BBP Kulai dibantu dua buah jentera Fire Rescue Tender FRT dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kilang separa kekal berukuran 60×80 kaki persegi yang terbakar kira-kira 20 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, seorang mangsa lelaki dewasa warga tempatan berusia 35 tahun ditemukan rentung dalam kilang berkenaan.

Tambah beliau, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 5.09 pagi sebelum operasi ditamatkan pukul 7.20 pagi.

“Setelah memastikan api padam sepenuhnya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast