KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah mencatat sejarah tersendiri apabila kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan menyaksikan pertandingan 13 penjuru.
Dalam pada itu, kerusi DUN Moyog pula menyaksikan pertembungan 12 penjuru setelah disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.
Pengumuman rasmi senarai calon itu dibuat oleh Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kapayan, Noemi Dyena Johntren, dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Moyog, Andresia A. Lojingau, pada sesi penamaan calon yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Sabah, hari ini.
DUN Kapayan menyaksikan persaingan padat antara Chin Ling Ling (PIS), Sabariah Aziz (Bebas), Cyril Gerald Liew (Bebas), Kuo Lee On (PBK), Wong Kong Fooh (Parti Anak Negeri) dan Bernard A. Logijin (STAR Sabah).
Pertandingan 13 penjuru di Kapayan turut menampilkan calon KDM, Edwin Jack Bosi; calon Pejuang, Lasius Miki; calon Bebas, Len Lip Fong; serta calon Pakatan Harapan (PH), Jannie Lasimbang, yang kembali mempertahankan kerusi tersebut.
Melengkapkan senarai calon ialah Chin Tek Ming (Parti Warisan), Billy Joe Dominic (UPKO) dan Sylvester Molukun (Aspirasi).
Dengan itu, kerusi DUN Kapayan sebagai antara kerusi paling sengit dan berwarna-warni dalam PRN17 kali ini.
Bagi kerusi DUN Moyog, saingan turut disertai Naib Presiden Warisan, Terence Siambun; Timbalan Presiden UPKO, Donald Peter Mojuntin; Joseph Suleiman (STAR Sabah); Francis Mojikon (PN); Richard Ronald Dompok (PKS) dan Walter Norbert Johnny (PBK).
Empat lagi calon yang melengkapkan perebutan 12 penjuru itu ialah Cleftus Stephen Spine (PIS), Mckery Victor Ninin (KDM), serta dua calon Bebas iaitu Peter Maurice Lidadun dan Ricky Richard. – MalaysiaGazette
















