KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas mencederakan mangsa (ayah kandungnya) akibat salah faham di Wangsa Maju, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian berlaku pada jam 6.42 petang apabila remaja yang berusia 17 tahun itu bertindak menoreh mangsa menggunakan pisau.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa mengalami luka di bahagian belakang badan dan lengan kiri.
Jelasnya, mngsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur sebelum insiden tersebut dilaporkan kepada pihak polis.
“Suspek ditahan sejurus laporan dibuat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan.” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibenarkan selama tiga hari bermula 18 November hingga 20 November.
Kes masih dalam siasatan dan polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum tindakan lanjut diambil. – MalaysiaGazette
















