Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berucap pada Pelancaran Manifesto BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto MOHD ADZLAN, 22 NOVEMBER 2025.

KOTA KINABALU – Jawatankuasa Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bakal diwujudkan Barisan Nasional (BN) bagi meneliti semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 pada 29 November ini.

Bendahari BN Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, jawatankuasa khas itu boleh diwujudkan untuk memantau dan mengawasi pelaksanaan MA63 termasuk berkaitan hak-hak Autonomi Sabah.

“BN Sabah sedia melaksanakan keputusan Mahkamah Kota Kinabalu berkaitan pemulangan 40 peratus hasil pendapatan kepada Sabah.

“BN Sabah akan memastikan ia dibuat mengikut Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika menyampaikan Manifesto BN Sabah bertemakan Rancangan Pembangunan Sabah Satu (RSP1), di sini, hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama calon BN N.58 Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta yang lain menunjukkan buku manifesto pada Pelancaran Manifesto BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2025.

Turut hadir Pengerusi BN, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Dalam pada itu, BN Sabah memastikan pelantikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan membabitkan wakil dari Sabah.

“BN Sabah menuntut pelantikan wakil Sabah dalam setiap syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Selain itu, kata Salleh, BN Sabah menawarkan penstrukturan semula syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang bertindih fungsi dan peranannya.

“Langkah itu bagi meningkatkan ketelusan, kecekapan serta pemulangan ekonomi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast