Fauziah Sarman.

KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya dikenali Zainal dalam sebuah majlis sederhana hari ini selepas dua tahun bergelar ibu tunggal.

Berita gembira itu tular di media selepas pereka fesyen duo terkenal, Seth & Luna berkongsi video persiapan pasangan sama cantik sama padan itu menerusi Instagram mereka.

Menerusi hantaran tersebut, Fauziah dan Zainal memakai busana sedondon berona ungu muda pada majlis itu.
“Tahniah Shila, dapat bapa baharu. Selamat pengantin baharu Mama Zie dan Tuan Zainal. Semoga kekal hingga syurga,” tulisnya di sini.
Lelaki pilihan ibu Shila Amzah dikenali Zainal.

Untuk rekod, Fauziah yang merupakan ibu lima cahaya mata itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Shahila atau Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.

Pada 2 Ogos 2023, ND Lala melafazkan cerai di sebuah masjid sebelum memaklumkan perkara tersebut kepada Fauziah menerusi aplikasi WhatsApp.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kemudian mengesahkan lafaz itu sebagai sah pada 5 September 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast