Hidangan laut premium, aneka daging yang dipanggang sempurna, juadah tradisi Krismas serta pencuci mulut buatan tangan, bufet istimewa ini menghidupkan suasana hangat, penuh kegembiraan dan kebersamaan melalui Christmas Eve Dinner Buffet yang diadakan penuh makna di Birkin Kitchen, Birkin International Hotel, Melaka pada 24 Disember ini. penuh makna di Birkin Kitchen.

MELAKA – Birkin International Hotel mempelawa orang ramai menyambut kemeriahan malam Krismas dengan pengalaman kulinari eksklusif melalui Christmas Eve Dinner Buffet pada 24 Disember ini.

Menampilkan hidangan laut premium, aneka daging yang dipanggang sempurna, juadah tradisi Krismas serta pencuci mulut buatan tangan, bufet istimewa ini menghidupkan suasana hangat, penuh kegembiraan dan kebersamaan pada malam penuh makna di Birkin Kitchen.

Executif Chef, Benny Chua yang mengetuai penyediaan menu bersama Chef Pastri Muzaffar Shah berkata, setiap hidangan dirangka dengan teliti bagi mengekalkan citarasa tradisi sambil memperkenalkan elemen premium.

Ayam Belanda Panggang Tradisional yang diperap dengan campuran herba wangi dan dihidangkan bersama sos istimewa, serta Salmon Wellington yang membalut filet salmon dalam pastri mentega rangup bersama cendawan herba.

“Setiap hidangan pada menu tahun ini disediakan dengan teliti mengekalkan rasa tradisional Krismas tetapi pada masa sama mengangkatnya dengan bahan-bahan premium serta teknik yang lebih halus.

“Dari kekayaan hidangan laut salai kehangatan ayam belanda panggang hingga ke kelembutan Salmon Wellington, setiap hidangan disediakan dengan teliti bagi menjamin kepuasan pelanggan dalam setiap suapan,” katanya.

Pelanggan juga boleh menikmati plat daging salai gaya masakan Eropah dengan madu Bakar yang menampilkan pelbagai jenis daging salai dan disalut dengan glis madu selain stik Tomahawk Panggang yang dipanggang sehingga empuk dan berjus.

Antara hidangan utama yang bakal menjadi tumpuan termasuk salmon diperap dengan parutan kulit sitrus dan herba daun adas bagi menghasilkan rasa segar dan halus.

Hidangan Ikan Mackerel Salai pula katanya, memberikan rasa asap dan tekstur lembut, selain Terin Salmon Salai, iaitu lapisan salmon salai berselang-seli dengan krim keju dan lemon, kedua-duanya memberikan pengalaman makan malam yang mewah.

“Pelanggan juga boleh menikmati plat daging salai gaya masakan Eropah dengan madu Bakar yang menampilkan pelbagai jenis daging salai dan disalut dengan glis madu selain stik Tomahawk yang dipanggang sehingga empuk dan berjus.

“Turut sama adalah Ayam Belanda Panggang Tradisional yang diperap dengan campuran herba wangi dan dihidangkan bersama sos istimewa, serta Salmon Wellington yang membalut filet salmon dalam pastri mentega rangup bersama cendawan herba,” katanya.

Menampilkan hidangan laut premium, aneka daging yang dipanggang sempurna, juadah tradisi Krismas serta pencuci mulut buatan tangan, bufet istimewa itu dirangka untuk menghidupkan suasana hangat, penuh kegembiraan dan kebersamaan pada malam penuh makna di Birkin Kitchen.

Chef Muzaffar pula berkata, rangkaian pencuci mulut direka khusus untuk menutup malam dengan sentuhan manis musim perayaan memberikan pengalaman pelanggan merasai suasana musim sejuk melalui tekstur, aroma dan persembahannya. –  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast