Calon BN N.16 Karambunai, Datuk Yakubah Khan pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di SMK Bandaraya, Sepanggar, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2025.

KARAMBUNAI –  Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Karambunai, Datuk Yaakubah Khan optimis dapat mempertahankan kemenangannya dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung hari ini.

“Saya yakin dengan usaha saya selama ini, kerjasama yang baik dengan semua kaum di sini bukan hanya orang Islam tetapi kami kaya dengan kepelbagaian kaum, kerusi ini kekal milik BN.

“Alhamdulillah, sepanjang berkhidmat, rakyat di Karambunai tahu bagaimana saya bekerja, andai ada yang perlu ditambah baik, insya Allah akan ditambh baik selepas ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Yaakubah dicabar  oleh 10 calon lain.

Calon BN N.16 Karambunai, Datuk Yakubah Khan bermesra dengan pengundi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke 17 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di SMK Bandaraya, Sepanggar, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 29 NOVEMBER 2025.

Beliau yang membuang undi di SMK Bandaraya melahirkan rasa terharu dengan sokongan rakyat selama ini.

“Saya tidak tunggang agama untuk kerja, tetapi saya tunggang kerja untuk agama, itu yang saya pegang selama ini. Saya harap ia dapat diterjemah menerusi peti undi,” tambahnya.

Beliau turut menaruh harapan BN akan menang di kawasan-kawasan lain.

Yaakubah menyifatkan, persaingan 11 penjuru di Karambunai menunjukkan demokrasi pilihan raya dan yakin hanya yang betul-betul berkhidmat akan terus kekal menang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast