Gambar hiasan

ALOR SETAR – Banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di daerah Kubang Pasu ditutup pada pukul 2 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pekan yang dibuka 25 Oktober lalu dan SK Tunjang pada keesokan hari ditutup selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Terdahulu setakat 12 tengah hari kedua-dua PPS berkenaan menempatkan 169 mangsa daripada 52 keluarga,” katanya hari ini.

Sebelum ini, banjit melanda tiga daerah di negeri ini, iaitu Kota Setar, Kulim dan Kubang Pasu.

Sementara itu di Perlis, seramai 2,249 mangsa daripada 783 keluarga masih ditempatkan di 21 PPS setakat jam 4.45 petang tadi, berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Daripada jumlah itu, 768 mangsa terdiri daripada lelaki dewasa, perempuan dewasa (773), kanak-kanak lelaki (347), kanak-kanak perempuan (298), bayi lelaki (37) dan bayi perempuan (30).

“Di Padang Besar, PPS pertama mula dibuka pada 23 November lalu dsn kini lima PPS beroperasi melibatkan satu mukim, menempatkan 885 mangsa daripada 313 keluarga.

“Di Arau, seramai 646 mangsa daripada 303 keluarga berlindung di lima PPS yang dibuka pada 24 November lalu.

“Manakala di Kangar, ketika ini seramai 718 mangsa daripada 167 keluarga masih di PPS,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast