Kereta Proton Satria Neo yang terjunam ke dalam gaung akibat tanah runtuh

KUALA LUMPUR – Lelaki berusia 19 tahun nyaris maut apabila kereta yang dipandunya dipandunya terjatuh ke dalam gaung akibat tanah runtuh di Kilometer 45 Jalan Gua Musang–Lojing, Gua Musang, Kelantan, kira-kira jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, mangsa yang memandu kereta Proton Satria Neo dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Pasir Puteh.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa tidak sempat mengelak runtuhan tanah yang menutupi jalan sebelum kenderaannya hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung.

“Mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Dalam masa sama, Choon Foo menasihatkan orang ramai supaya tidak melalui jalan yang telah diisytiharkan tutup oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Katanya, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap mana-mana individu yang ingkar arahan.

Beliau memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222 atau 013-3010408 bagi membantu siasatan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast